Thursday, August 12, 2010

Kerana Wang Pos...

Semalam hari kedua ramadhan.Sememangnya bulan ini bulan yang menguji kesabaran...dan semalamlah kesabaranku teruji....geramnya.. kisahnya begini...
Semalam client datang kat kuanter office. Aku pun gi lah kat kuanter sebab tu kes aku.Tiba-tiba je dia campakkan satu surat kat aku dan tanya : mana wang pos saya? Aku ni terpinga-pinga...wang pos ape? Aku pun baca...lah surat query sebab laporan yang aku hantar tak dapat dan wang proses belum bayar...
Aku pun jawap yang laporan tu saya dah hantar 2 kali last sekali 2 hari lepas. Tentang wang pos sememangnya bukan dokumen sokongan yang pejabat saya nak.Sepanjang saya berkhidmatan inilah kali pertama dakwaan wang pos tu pejabat saya nak...Dia pun marah-marah dan beria-ria kata yang kerani kaunter aku suruh dia buat wang pos masa hantar permohonan...tak mungkin !
Kecoh pejabat aku ..semua staff gi kat kaunter dengar celoteh dia..Jadi sepejabatlah cari fail dia kat bilik fail.Alamak bilik fail tengah operasi mengemas... cari-cari...tak jumpa ... so aku minta dia datang balik hari ini untuk comfirm...
Tengah sibuk2 tu aku pun terfikir nak telefon pejabat yang query tu.. Nak tahu jawapan pejabat tu... wang pos telah diterima dan loan telah lulus semalam... sakitnya hati... kerani yang dia maksudkan bukan kerani kaunter pejabat aku...tetapi pejabat lain....
Memanglah client ni ada 'somethingwrong' agaknya. Pejabat mane dia hantar wang pos tu pun dia tak ingat pas tu suka-suka hati serang pejabat orang lain..
Hari ini aku tunggu client tu...Tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak...entah-entah dah ingat kat mane dia hantar wang pos tu...aku tak sabar2 nak tengok muka dia bila dia tahu mana pergi wang pos dia tu....
Moralnya.... kalau tak pasti siasat dulu ...jangan main terjah je.....lagi satu jangan terlalu mudah letakkan sesuatu kesalahan di bahu oarng lain jika tiada sebab yang munasabah...ibarat jari kita satu jari menuding ke arah orang lain dan 4 jari ke arah kita....

Tuesday, August 10, 2010

Kesan sebuah kemarahan....

Aku nak kongsi satu cerita pendek yang amat bermakna... Cerita aku dapat masa menghadiri Kursus Pengurusan Tekanan Kerja baru -baru ini....

Terdapat seorang lelaki yang amat pemarah. dia selalu melempias kemarahannya tidak kira siapa, masa atau dimana...
Suatu hari ayahnya datang kapadanya dengan membawa seguni paku, lalu berkata." wahai anakku... setiap kali engkau marah kau pakukan paku-paku ini di tembok sehingga habis.
Walaupun beliau seorang pemarah tetapi dia taat kepada ayahnya.. maka lelaki itu pun buat seperti apa yang disuruh oleh ayahnya.....setiap kali dia marah ,dia pun memakukan paku ke tembok...lama kelamaanya paku pun habis...lalu dia memberitahu ayahnya bahawa paku telah habis.
Kemudiannya ayahnya berkata ;" Cabutlah kembali paku -paku itu..."Si anak pun berbuat sedemikian lalu bertanya ;Mengapa?
Ayahnya menjawab :' wahai anakku....apabila kita memarahi seseorang ia kan meninggalkan kesan yang amat teruk. Engkau lihatlah paku-paku itu ibarat kemarahanmu. tembok itu ibarat orang yang kau marah, manakala kesan paku ditembok adalah kesan hati yang sakit apabila dimarahi...walaupun kita memohon maaf dari orang yang dimarahi tetapi hati tersebut telah terluka dan kesannya mungkin kekal selama-lamaya....jika pun pulih ia tidak akan sama seperti sebelumnya...renungkanlah...

Thursday, June 10, 2010

Kata - Kata Indah Suamiku...

JUST FOR YOU MY DEAR

AS I LOOK BACK UPON THE ROAD WE,VE TRAVELED TOGETHER, I REMEMBER THER MOMENT I STOOD AT THE FORK IN THE ROAD AND CHOSE TO WALK THIS PATH WITH YOU, WALKING AWAY FROM WHATEVER THE OTHER PATH MAY HAVE HELD FOR ME.ALTHOUGH THIS PATH HAS AT TIMES BEEN ROCKY, THE WONDERS HAVE BEEN SUCH THAT IF I WERE TO GO BACK IN TIME AND AGAIN FIND MYSELF AT THE SAME FORK IN THE ROAD, KNOWING EXACTLY WHAT LIES AHEAD DOWN THIS PATH, IWOULD NOT PAUSE NOR PONDER, BUT WOULD AGAIN START DOWN THIS PATH WITH YOU,
MY LOVER.

SHARING MY LIFE WITH YOU HAS BEEN AN EXPERIENCE I NEITHER EXPECTED NOR REGRET. I HAVE WATCHED YOU, YOUR TRUE LOVE IN WAYS AND I COULD NOT ANTICIPATE AND HAVE SHARED IN BOTH YOUR TRIALS AND YOUR TRIUMPHS.

I HAVE BEEN YOUR HUSBAND AND CONFIDENT AS YOU HAVE BEEN MINE AND I FIND I LOVE YOU MORE TODAY THAN I DID YESTERDAY, OR THE DAY BEFORE, OR THE DAY BEFORE, OR THE DAY BEFORE……. FOREVER.

LOVE YOU SO MUCH.

HAPPY ANNIVERSARY

Wednesday, June 9, 2010

Relakan cinta itu pergi...

Tiada gunanya untuk menangisi
Sebuah cinta yang pasti
ada episod luka
apalah ertinya untuk mempertahankan
Sebuah cinta yang tiada titik noktahnya
Kerna itu... biarkan cinta itu pergi......

Punahnya cinta itu, lantaran janji telah dimungkiri
Hancurnya hati dek kata-kata penuh dusta
Berderainya harapan kerana akar cinta goyah

Apalah ada manisnya jika cinta itu
meninggalkan luka yang amat mendalam
Apalah maknanya jika cinta itu
hanya mampu menghiris perasaan

Sememangnya terlalu sukar melepaskan cinta itu pergi
Kerna sekian lama menyemai benih cinta
Betapa pedihnya........ bunga cinta yang berkembang itu adalah beracun...
Bukannya mudah untuk melupakan kenangan indah
Tatkala cinta bersinar megah
Sedarlah kini...cinta itu tiada keserasian lagi
Sedarlah kini...cinta itu tiada restunya...

Percayalah...cinta itu satu pengorbanan
Menyintai tidak semestinya memiliki
Demi sebuah kebahagian
Relakan cinta itu pergi...

Thursday, May 20, 2010

Cinta itu satu pengorbanan

Untuk jatuh cinta sememangnya mudah tetapi untuk mempertahankan cinta perlu menempuhi pelbagai dugaan dan semestinya perlu melalui satu pengorbanan. Jika mencintai seseorang kita perlu menjaga hatinya dan memberi perhatian hingga kadang-kadang terlupa menjaga hati sendiri... jika mengasihi nya kita akan mengasihi sebagaimana kita mengasihi diri sendiri...dan jika kita sayang.... segala-galanya adalah untuknya..

Dalam mencari cinta kita kadang-kadang terlupa pada satu cinta ....CINTA ALLAH...sanggupkah kita berkorban demi mencari cinta Allah ? Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta sejati. Orang yang gagal mencari cinta Allah maka dia gagal menemui cinta sejatinya...

Ya allah...
Bukakanlah pintu -pintu keampunan , bukakanlah pintu-pintu kerahamatan dan bukakanlah pintu-pintu keberkatan MU kepada aku... Jadikan aku hambamu yang diredai....
Berikanlah kesempatan dunia ini untuk aku bertaubat kepadaMU dan berikanlah aku peluang untuk beriman dan bertaqwa kepadamu....

Tuhanku,
Aku tidaklah layak untuk syurgaMU
Tetapi aku tidak pula sanggup masuk ke nerakaMU
Dari itu kurniakanlah keampunan kepada ku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Dosa-dosa besar

Jadikanlah aku seorang hamba yang sanggup berkorban untuk An-NurMu...Ya allah selamatkan lah, lindungilah,berkatilah,rahmatilah dan redai aku dan keluargaku walau dimana kami berada,setiap masa dan ketika ...walau dalam keadaan apapun jua...hidup dan matikan kami dalam keadaan beriman...Selamatkanlah,Permudahkanlah dan lancarkan apa jua urusan kami di dunia dan diakhirat...AMIN.