Thursday, August 12, 2010

Kerana Wang Pos...

Semalam hari kedua ramadhan.Sememangnya bulan ini bulan yang menguji kesabaran...dan semalamlah kesabaranku teruji....geramnya.. kisahnya begini...
Semalam client datang kat kuanter office. Aku pun gi lah kat kuanter sebab tu kes aku.Tiba-tiba je dia campakkan satu surat kat aku dan tanya : mana wang pos saya? Aku ni terpinga-pinga...wang pos ape? Aku pun baca...lah surat query sebab laporan yang aku hantar tak dapat dan wang proses belum bayar...
Aku pun jawap yang laporan tu saya dah hantar 2 kali last sekali 2 hari lepas. Tentang wang pos sememangnya bukan dokumen sokongan yang pejabat saya nak.Sepanjang saya berkhidmatan inilah kali pertama dakwaan wang pos tu pejabat saya nak...Dia pun marah-marah dan beria-ria kata yang kerani kaunter aku suruh dia buat wang pos masa hantar permohonan...tak mungkin !
Kecoh pejabat aku ..semua staff gi kat kaunter dengar celoteh dia..Jadi sepejabatlah cari fail dia kat bilik fail.Alamak bilik fail tengah operasi mengemas... cari-cari...tak jumpa ... so aku minta dia datang balik hari ini untuk comfirm...
Tengah sibuk2 tu aku pun terfikir nak telefon pejabat yang query tu.. Nak tahu jawapan pejabat tu... wang pos telah diterima dan loan telah lulus semalam... sakitnya hati... kerani yang dia maksudkan bukan kerani kaunter pejabat aku...tetapi pejabat lain....
Memanglah client ni ada 'somethingwrong' agaknya. Pejabat mane dia hantar wang pos tu pun dia tak ingat pas tu suka-suka hati serang pejabat orang lain..
Hari ini aku tunggu client tu...Tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak...entah-entah dah ingat kat mane dia hantar wang pos tu...aku tak sabar2 nak tengok muka dia bila dia tahu mana pergi wang pos dia tu....
Moralnya.... kalau tak pasti siasat dulu ...jangan main terjah je.....lagi satu jangan terlalu mudah letakkan sesuatu kesalahan di bahu oarng lain jika tiada sebab yang munasabah...ibarat jari kita satu jari menuding ke arah orang lain dan 4 jari ke arah kita....

No comments:

Post a Comment