Tuesday, August 10, 2010

Kesan sebuah kemarahan....

Aku nak kongsi satu cerita pendek yang amat bermakna... Cerita aku dapat masa menghadiri Kursus Pengurusan Tekanan Kerja baru -baru ini....

Terdapat seorang lelaki yang amat pemarah. dia selalu melempias kemarahannya tidak kira siapa, masa atau dimana...
Suatu hari ayahnya datang kapadanya dengan membawa seguni paku, lalu berkata." wahai anakku... setiap kali engkau marah kau pakukan paku-paku ini di tembok sehingga habis.
Walaupun beliau seorang pemarah tetapi dia taat kepada ayahnya.. maka lelaki itu pun buat seperti apa yang disuruh oleh ayahnya.....setiap kali dia marah ,dia pun memakukan paku ke tembok...lama kelamaanya paku pun habis...lalu dia memberitahu ayahnya bahawa paku telah habis.
Kemudiannya ayahnya berkata ;" Cabutlah kembali paku -paku itu..."Si anak pun berbuat sedemikian lalu bertanya ;Mengapa?
Ayahnya menjawab :' wahai anakku....apabila kita memarahi seseorang ia kan meninggalkan kesan yang amat teruk. Engkau lihatlah paku-paku itu ibarat kemarahanmu. tembok itu ibarat orang yang kau marah, manakala kesan paku ditembok adalah kesan hati yang sakit apabila dimarahi...walaupun kita memohon maaf dari orang yang dimarahi tetapi hati tersebut telah terluka dan kesannya mungkin kekal selama-lamaya....jika pun pulih ia tidak akan sama seperti sebelumnya...renungkanlah...

No comments:

Post a Comment